July 2009


Life is Beautiful...16 Jul 2009 09:41 pm

Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terlekat di mata kail…

Hendaklah kamu mengambil ikan itu…

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…

Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

 

Begitulah juga…

 

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

 

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…

Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

 

Begitulah  juga…

 

Jika kamu sedang memiliki seseorang… TERIMALAH dia seadanya…

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…

Anggaplah dia manusia biasa…

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN… tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat…


Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya….
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…
 
  Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…
Kamu akan MENYESAL
 
Begitulah juga…
 
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…
MENYAYANGIMUMENGASIHIMU… dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi…
 
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI… kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!
 
 “Begitu hidup ini tiada yang abadi… yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Religion & Philosophy16 Jul 2009 02:46 pm

Salamz,

Alhamdulillah…

Fikirkan sejenak…..

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak…..

“Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”.

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisandi tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu

bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2 dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, danmerejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.

Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini

sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu maran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu ukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia

diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i,melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama,

Fi amanillah Jazakallah

« Previous PageNext Page »