June 2008


Life is Beautiful...06 Jun 2008 11:57 pm

Good blog to share regrading Fuel price hike in Malaysia…

http://altalidi.wordpress.com/

Hmm…minyak naik pulak. Terimalah kenyataan ini dengan seadanya. Tapi saya tak faham la dengan kerajaan ni. Dah la rakyat seakan-akan dah menolak mereka pada PRU ke-12 tempoh hari. Belum sampai 3 bulan PRU ke-12 kerajaan dah bebankan rakyat. Hmm…macam mana nak ambil hati rakyat camni untuk kembali menyokong kerajaan?

Tetapi itulah realitinya apabila kita sentiasa duduk di atas. Kita hanya memandang orang bawah ini seperti orang kerdil. Orang penting kerajaan mungkin tak terasa bahangnya kerana bukan mereka yang memandu kenderaan atau lebih tepat lagi bukan mereka sendiri yang pergi isi minyak kereta kat Stesen Minyak. Ala…katakan mereka isi minyak kereta pun tak der masalah sebab semuanya mereka akan tuntut balik dengan kerajaan. Isi RM 50 jer tapi suruh Jurupam Stesen Minyak tulis kat resit RM 80.

Tetapi sedarlah selama mana akan berada diatas? Hidup ini umpama roda. Roda itu bulat. Jadi satu hari nanti anda akan turun ke bawah juga lebih-lebih lagi bawah tanah (masuk lubang kubur). Ada baiknya kalau kita lepaskan takhta pemerintahan kita semasa rakyat masih sayang akan kita. Sekurang-kurangnya hidup yang berbaki ini kita akan dihormati dan disanjungi.

Ada pun buat orang bawahan tak usahlah apabila minyak naik, maka anda pun naik minyak tak tentu arah. Anda harus fikir kalau bukan anda yang memberi kuasa kepada mereka, siapa lagi? Jangan fikirkan kesenangan dalam jangka masa pendek tetapi belajarlah menjaga kemaslahatan semua untuk jangka masa panjang. Oleh itu, sekiranya kita diberi pilihan untuk melantik orang atasan, lantiklah mereka yang pernah berada di bawah. Maksud kat sini, yang memahami kehidupan orang bawahan atau pernah mengalaminya sendiri.

Menurut YB Wan Azizah ( Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang) : “Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah. Justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan”. Atau pun dengan kata lain, inilah salah satu contoh perbandingan yang tidak betul ( Qiyas Fasid).

Akhirnya, akan kedengaran nanti nasihat supaya rakyat mengubah gaya hidup. Gaya ubah tu ubah! Nak ubah macam mana lagi? Apa kata sekiranya rakyat pula memberi nasihat : “Kerajaan yang perlu diubah”. Hmm…baru tak senang duduk kerajaan. Semoga pihak kerajaan dapat mengubat kembali hati rakyat yang telah terluka ini. Kena ingat juga, luka insya Allah akan sembuh tetapi tetap akan meninggalkan parut.

Kita patut sedar yang Allah sebenarnya dah sediakan pelbagai hasil galian bumi kepada dunia Islam. Tetapi tanpa ilmu dan kesungguhan umat Islam, tengoklah apa yang berlaku kepada pengeluar minyak negara Islam yang rela tunduk kepada kuasa Barat. Orang kita amat berbangga memiliki kenderaan hebat lagi canggih, tetapi sedarkah negara mana yang mengeluarkan kenderaan tersebut? Saya teringat kata-kata YB Datuk Alwi Che Ahmad (ADUN Kok Lanas, Kelantan) : “Kita perlu jadi masyarakat yang memberi bukannya masyarakat yang menerima”. Sememangnya tak dapat disangkal lagi kata-kata ini kerana inilah pesanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya.

Wassalam.

P/S: Kenyataan YB Wan Azizah dipetik dari :

http://www.harakahdaily.net/

Stories to perk you up06 Jun 2008 11:48 pm

After the divorce, her teenage daughter became increasingly rebellious.
It culminated late one night when the police called to tell her that she had to come to the police station to pick up her daughter, who was arrested for drunk driving.
They didn’t speak until the next afternoon.
Mom broke the tension by giving her daughter a small gift-wrapped box.
Her daughter nonchalantly opened it and found a small piece of a rock.
She rolled her eyes and said, “Cute Mom, what’s this for?”
“Here’s the card,” Mom said.
Her daughter took the card out of the envelope and read it.
Tears started to trickle down her cheeks.
She got up and gave her mom a big hug as the card fell to the floor.
On the card were these words:
This rock is more than 200 million years old.
That’s how long it will take before I give up on you.

« Previous PageNext Page »